Online Courses Sulaman Item ID: #314


Online Courses Sulaman Kerawang



Asal RM 150 HARGA RM 100

Maklumat Produk:

Ini Adalah Pakej Pendaftaran Online Courses Sulaman Kerawang. Yuran yang dibayar dalam pakej ini adalah secara bulanan.

Apakah yang akan anda pelajari di sini:-

  • Pelajari kemahiran sulaman kerawang secara online. Anda perlu mempunyai akses talian Internet dan Komputer Peribadi.
  • Pastikan anda mempunyai PC Cam untuk memudahkan proses video konferensi bersama tenaga pengajar anda.
  • Terdapat 4 modul utama disediakan dan setiap modul mengandungi sekurang-kurangnya 15 sub modul kemahiran sulaman kerawang.
  • Modul akan diajar secara berskala.
  • Penuh dengan material-material berbentuk video, audio, eBooks, interaktif presentasi dan sebagainya.
  • Terdapat pertandingan untuk menguji kecekapan setiap peserta dan pastinya hadiah misteri akan diberikan eksklusif hanya kepada pemenang setiap bulan.
  • Anda berhak membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa tanpa sebarang caj. Dalam erti kata lain, sekiranya segala modul yang diberikan di sini, tidak menepati kehendak dan kemahuan anda, anda boleh untuk membatalkan keahlian anda dan tidak perlu membayar untuk yuran bulanan berikutnya.
  • Ruangan Diskusi khas bersama Rakan Mari Belajar Sulam yang lain turut disediakan.
  • Khidmat runding cara bersama kami selepas tamat courses adalah percuma seumur hidup anda.
  • Dan banyak lagi…

Keterangan Produk

Anda ingin mempelajari dan menguasai kemahiran sulaman kerawang? Anda ingin mempelajari secara terus daripada Akademi Sulaman Sri Classic? Daftarlah bersama Online Courses Sulaman Kerawang kami dengan hanya RM100 sahaja!

ONLINE COURSES SULAMAN KERAWANG

Ini adalah pendaftaran untuk Pakej Online Courses Sulaman Kerawang. Pelajari pelbagai jenis teknik menyulam dari menyulam asas, menyulam biku, menyulam bunga hingga ke menyulam kerawang dengan pelbagai motif.

Perlukah Anda Mengikuti Online Courses Sulaman Kerawang Kami?

Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk mempelajari kemahiran sulaman kerawang bersama kami, sila jawab kesemua persoalan di bawah. Persoalan ini merupakan tanda tanya yang selalunya keluar daripada para peserta sulaman kerawang kami:-

Anda hanya mempunyai minta untuk menyulam dan tiada asas dalam jahitan. Bolehkah anda menyulam jika anda tiada asas dalam jahitan?

Macammana nak elakkan kerawang anda supaya tidak berbulu semasa proses tebuk kerawang?

Anda mendengar banyak tentang mesin sulaman. Namun anda masih tidak tahu dan pasti, yang mana satukah mesin jahit yang sesuai untuk menyulam? Atau semua mesin jahit bolehkan digunakan untuk sulaman?

Seringkali anda tertanya, yang manakah lebih sesuai untuk digunakan untuk membuat lilitan pada sulaman kerawang. Benang kilat polister atau benang kilat kapas?

Kenapa bila anda menyulam benang anda sentiasa putus-putus? Adakah ia sebab benang yang tak berkualiti ke? Atau sebab mesin yang tidak sesuai ke? Atau

Anda cuba menyulam menggunakan mesin anda, tetapi mengapa sulaman anda menjadi tebal dan berketul-ketul?

Anda tidak tahu untuk membezakan sulaman yang padat dengan sulaman yang berbintik-bintik? Macam mana nak pastikan secara jelas perbezaanya.

Anda tidak tahu apa bezanya sulaman dengan kerawang. Atau sulaman dengan biku. Adakah ia sama sahaja dan menggunakan teknik yang sama. Atau ia merupakan teknik yang berlainan?

Anda pernah mengikuti bengkel sulaman, tetapi mengapa bila hasil sulaman yang dihasilkan di fabrik, terasa gatal dan tajam bila dipakai?

Anda tidak tahu macam mana nak buat corak dan design sulaman. Apa pula dengan motif? Apa bezanya corak dan motif?

Bagaimana cara dan teknik yang betul untuk menjadikan sulaman anda halus buatannya dan tidak berketul-ketul?

Anda tertanya-tanya, mengapa sesetangah sulaman terdapat warna putih di belakang sedangkan ia tidak menggunakan kertas putih sebagai pelapik?

Jika Anda GAGAL MENJAWAB Kesemua Persoalan Di Atas, atau ANDA TIDAK PASTI dengan Jawapannya, Maka TERBUKTI bahawa Anda benar-benar MASIH TIDAK LAGI MENGUASAI kemahiran sulaman kerawang, biarpun anda telah mengikuti bermacam jenis kursus sulaman kerawang dan bermacam jenis Tahap Pembelajarannya.

Jika anda inginkan satu platform sebenar untuk menguasai Kemahiran Sulaman Kerawang ini KE TAHAP YANG LEBIH SEMPURNA, tidak kira sama ada anda mempunyai asas jahitan ataupun tidak, kami menyediakan platform pembelajaran secara online untuk anda mempelajari dan menguasai kemahiran sulaman kerawang ini bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri.

Beliau merupakan Pakar Tunggal Sulaman yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan juga merupakan Panel Pakar Runding MARA Malaysia dalam sulaman dan apparel. Online Courses Sulaman Kerawang ini merupakan modul yang mengajar anda secara detail tentang kesemua teknik dan kemahiran sulaman kerawang untuk anda menguasainya 100% dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan anda.

Maka menjadi ahli dalam Mari Belajar Sulaman Manik ini ADALAH SATU SAHAM KEPADA DIRI ANDA YANG SANGAT BERNILAI.

Jadi, Apakah MODUL-MODUL Yang Telah Disediakan?

Secara umumnya, terdapat 4 modul utama telah disediakan. Setiap modul utama mengandungi sekurang-kurangnya 15 Teknik Sulaman Yang akan diajar, tidak termasuk tips, panduan dan pelbagai lagi maklumat terperinci berkaitan dengan kemahiran sulaman kerawang yang dipelajari.

Bagaimana Pula Dengan PAKEJ YANG DITAWARKAN?

Untuk maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan berserta dengan kelebihan setiap pakej Online Courses Sulaman Kerawang, sila klik butang di bawah. Perlu diingatkan bahawa semua keputusan pemilihan pakej adalah berdasarkan kepada matlamat akhir anda mempelajari kemahiran sulaman ini.

Jika anda sudah bersedia, jangan lupa MENEMPAH KERUSI Anda Sebagai PESERTA Online Courses Sulaman Kerawang Kami!

Lakukan pendaftaran anda hari ini, kerana yuran yang disediakan akan dinaikkan bila-bila masa sahaja!!

Testimoni Produk

Comments are closed.