Produk Digital

Tiada kos penghantaran, tiada proses menunggu, tetapi dengan hanya 3 langkah sahaja, anda boleh memiliki dan mempelajari kemahiran-kemahiran berasaskan sulaman terus dari monitor komputer anda.

Kepada Para Peminat Sulaman Hingga Kepada Para Usahawan Jahitan & Sulaman …


Miliki Pelbagai Koleksi Terbitan Digital Sulaman Untuk Dijadikan Sumber Rujukan Utama Anda … Jaminan



Adakah anda merupakan individu yang benar-benar meminati kemahiran sulaman, namun anda menghadapi beberapa masalah seperti berikut:-

Masalah #1 : Sukar Mendapatkan Bahan Rujukan Terbaik

Kebiasaannya, rujukan untuk mana-mana kemahiran sulaman sama ada sulaman manik dan labuci, sulaman ayak kerawang, sulaman tangan, mahupun sulaman riben, hanya terdapat dalam bentuk cetakan sahaja.

Dan jika anda berada jauh dari bandar-bandar besar, peluang untuk mendapatkannya amat rendah dan tipis sekali.

Ada kalanya, rujukan yang diingini sudah kehabisan stok.

Ia tidak seperti terbitan secara digital, di mana anda mampu memilikinya dengan hanya menempah beli dan memuat turun produk terus ke dalam komputer peribadi anda. Tidak kira di mana jua anda berada 24/7.

Bayangkan berapa banyak masa dan kos-kos lain yang mampu anda jimatkan.

Masalah #2 : Langkah Yang Tidak Jelas

Jika anda memiliki sebuah buku yang mengajar anda tentang sulaman, adakah segala langkah yang ditunjukkan di dalam cetakan tersebut benar-benar membolehkan anda mempelajari setiap teknik yang dipersembahkannya? Adakah ia memberi tunjuk ajar secara detail dan terperinci satu demi satu dari mula benang disusupkan hingga benang dimatikan?

Sudah tentu tidak! Betul Tak?

Kenapa? Ini kerana, ekoran daripada suntingan dan juga kekangan muka surat untuk setiap cetakan buku tersebut. Natijahnya, terdapat banyak langkah yang terpaksa dilangkau dan ditinggalkan, walhal langkah-langkah tersebut amat penting.

Berbeza dengan terbitan bercorak digital, khususnya terbitan berbentuk video, yang memudahkan anda mengikuti mana-mana langkah dengan begitu jelas dan terperinci. Setiap langkah akan dipertontonkan kepada anda. Setiap detik pergerakan jarum turut diperlihatkan. Hasilnya, anda lebih cepat memahami dan sudah tentu mampu menguasai segala bukan satu tetapi semua teknik yang ditunjukkan kepada anda.

Hebat bukan?

Masalah #3 : Kualiti Gambar Yang Kurang Memuaskan

Memang tidak dinafikan bahawa setiap cetakan buku yang mengajar sulaman mengandungi foto-foto dan langkah bergambar. Namun, tidak semua kualiti gambar yang dihasilkan adalah terang dan jelas ekoran daripada resolusi gambar yang rendah dan diambil oleh seorang yang kurang profesional.

Ini kerana apabila proses percetakan dilakukan, gambar dan foto asal yang mempunyai mode warna RGB telah ditukarkan kepada CMYK yang lebih kelihatan lebih gelap.

Dan ini tidak terjadi untuk terbitan digital, di mana hasil rujukan dipersembahkan dan masih kekal dalam mode warna RGB.

Masalah #4 : Sukar Memahami Kerana Tiada Tips & Trik

Memandangkan terbitan berbentuk terhad dan tidak setanding penerbitan secara digital seperti video, hasilnya, terdapat beberapa langkah yang sukar difahami terutamanya langkah-langkah yang lebih rumit.

Ia bertambah parah, apabila tiada bimbingan, tip dan trik yang dilampir dan diberikan bersama ketika proses menyulam dipertontonkan. Inilah kekangan terbitan secara cetakan yang mempunyai imitasinya sendiri.

Berbeza dengan terbitan digital, di mana, elemen-elemen di atas mampu dimuatkan kerana terdapat audio yang dirakam secara live ketika pengajar anda menyiapkan hasil sulaman mereka.

Masalah #5 : Tiada Updates dan Kemas kini

Setiap updates dan kemas kini bahan-bahan cetakan berbentuk penerbitan mengakibatkan anda terpaksa membeli naskhah yang baru untuk tajuk yang sama. Justeru, anda terpaksa berbelanja 2 kali hanya untuk membeli bahan yang sama.

Berbanding dengan terbitan digital kami, updates dan kemas kini setiap bahan yang telah anda beli adalah percuma dan boleh dimuat turun terus ke dalam komputer anda. Ini bermakna, anda hanya membeli sekali sahaja daripada kami dan mendapat manfaat tanpa batasan.


Jadi, Pilihan Terbitan Digital Kami Adalah Jalan Penyelesaiannya

Dengan Mari Belajar Sulam dot com, anda boleh mempelajari mana-mana pilihan kemahiran sulaman yang diminati dengan pelbagai jenis terbitan bermutu pilihan anda. Hanya dengan 3 langkah mudah sahaja, anda boleh memiliki dan mempelajarinya.



Setiap terbitan digital sulaman kami, dibahagikan kepada beberapa jenis terbitan mengikut pilihan dan cita rasa anda. Antaranya:-

Terbitan Digital #1 : Video Tutorial

Tonton secara live di kaca monitor komputer anda. Setiap rakaman video dilakukan di dalam studio dengan menggunakan kamera HDDV untuk penghasilan imej yang terbaik dan bermutu. Ikuti setiap langkah yang dipersembahkan dengan begitu jelas dan terperinci, seolah-olah anda sedang mempelajarinya secara live bersama kami.

Tidak kiralah, sama ada anda merupakan individu yang baru berjinak-jinak dengan kemahiran sulaman, maka menerusi video inilah, anda mampu untuk mempelajari kemahiran sulaman anda.

Terbitan Digital #2 : eBook

Anda tidak perlu lagi memikirkan tentang terbitan buku yang tidak jelas dan kurang lengkap. Kini, kami menyediakan eBook untuk apa jua jenis kemahiran sulaman.

Kelebihannya, kami berupaya menyedia dan memberikan tip kepada anda untuk setiap teknik yang dipelajari. Kami berupaya meletakkan setiap langkah tanpa diedit dan disunting. Tiada langkah yang dilangkau.

Malah, setiap langkah berfoto diambil di dalam studio dengan menggunakan kamera DSLR dengan resolusi FULL HD untuk hasil paparan imej gambar yang sangat berkualiti.

Tidak cukup dengan itu, setiap helaian eBook anda seratus peratus Berwarna-warni dan bukannya hitam putih seperti kebanyakan eBook lain. Lihat sahaja contoh di sebelah anda.

Terbitan Digital #3 : Presentasi Interaktif (Akan Datang!!)

Anda juga berpeluang mempelajari mana-mana kemahiran sulaman secara interaktif bersama kami. Presentasi Interaktif ini, merupakan terbitan yang menggabungkan unsur video, audio dan tulisan di dalam setiap produk. Anda akan mempelajari secara aktif apabila menggunakan produk ini.

Kami sangat yakin bahawa segala maklumat dan sesi pembelajaran menggunakan mana-mana produk Digital Sulaman ini akan membawa anda memudahkan pemahaman anda terhadap ilmu yang dipelajari 100% jaminan kepuasan.

Selamat Bersulam!

P.S Got Questions? Feel free to contact us at our support desk: www.maribelajarsulam.com/support