Pelajari dan kuasai sulaman kerawang secara online bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Dari sulaman biku hingga ke sulaman kerawang, kesemuanya dapat dipelajari di sini.
Menggunakan mesin domestik dalam menghasilkan sulaman kerawang memang sangat menguji tahap kesabaran seseorang individu tersebut. Ini kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda dalam mengendalikan mesin domestik yang anda miliki.
Belajar kaedah menyulam kerawang secara asas menggunakan mesin domestik, mesin mudah alih dan mesin sulam industri anda. Terbitan eBook Mari Belajar Sulaman Mesin Asas ini pasti membuka minda anda dalam mengetahui kaedah menyulam menggunakan mesin jahit dan mesin sulam anda.